RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR

RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR

Bahan Sambal Cili

  • 12 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili api
  • Dikisar bersama
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah sederhana besar
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 batang serai (bahagian putih sahaja)
  • 2 inci belacan yang dibakar
  • 1 tbsp pes asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan yang di kisar sehingga terbit harum.
  • Masak sehingga terbit minyak dan kelihatan garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, gula melaka, garam dan gula secukup rasa
  • Masak sehingga nampak garing.
  • Siap.

Cara penyediaan Ikan Bakar:

  • Kemudian ambil sehelai daun pisang.
  • Sapukan dengan sambal cili yang telah dimasak tadi.
  • Kemudian letakkan ikan diatas sambal tadi dan sapukan juga sambal dibahagian atas ikan.
  • Tutup dibahagian atas dengan daun pisang.
  • Kemudian bakar ikan tersebut di tempat pemanggang.
  • Balik-balikkan ikan kedua-dua bahagian di tempat pemanggang agar ikan masak sekata.
  • Setelah masak angkat dan hidangkan.
  • Siap.
  • Juga boleh ditambah bahan dengan bendi yang di celur.

 

Selesai.

Selamat Mencuba.

Masaklah dengan penuh Kasih Sayang.

InsyaAllah, Allah bagi Sedap.

đŸ˜€Instant cooking paste (Ready to Eat, Ready to Cook)

Click Here