RESEPI PUCUK PAKU GORENG

RESEPI PUCUK PAKU GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk paku yang disiang
  • Garam secukup rasa
  • Air

Bahan Kisar / Tumbuk Kasar:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 7 biji cili padi hijau + merah. Boleh dikurangkan jika tidak mahu pedas.
  • 1 inci belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • Bahan-bahan ini dikisar sekejap ataupun boleh juga ditumbuk kasar

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan tumbuk sehingga terbit bau harum.
  • Masukkan pucuk paku dan kacau sedikit demi sedikit agar tergaul bersama bahan tumisan tadi.
  • Kemudian tambahkan sedikit air untuk melembutkan pucuk paku.
  • Masukkan garam dan sedikit bahan secukup rasa.
  • Masak sehingga pucuk paku kelihatan lembut.
  • Siap dan boleh dihidangkan.

Selesai.

Selamat Mencuba.

Masaklah dengan penuh Kasih Sayang.

InsyaAllah, Allah bagi Sedap.

đŸ˜€Instant cooking paste (Ready to Eat, Ready to Cook)

Click Here